Kelantan kekal keputusan naikan tarif air

Kelantan kekal keputusan naikan tarif air

PASIR MAS : Kerajaan Kelantan kekal dengan keputusan menaikan tarif air sebanyak 23 sen bagi kategori pengguna domestik di negeri ini yang bermula sejak Khamis lalu.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kenaikan tarif air ini tidak hanya melibatkan Kelantan sahaja, namun di seluruh negara.

“Pelarasan tarif air ini melibatkan seluruh negara..saya jawab macam tu lah (kerana) ia bukan di Kelantan sahaja tetapi di seluruh negara,” katanya selepas Majlis Solat Hajat di atas Jambatan Tendong, di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Sekretariat Kerajaan Perpaduan Madani Kelantan mendesak Kerajaan Kelantan supaya menangguhkan kenaikan tarif air domestik sebanyak 23 sen yang bermula 

Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, kenaikan itu tidak wajar dilaksanakan memadangkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat masih belum sempurna sepenuhnya.

Menurutnya, perkara itu dapat dilihat apabila rakyat terus merungut dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.-UTUSAN

 

 

Scroll to Top