Jordan sedia diheret ke masa tambahan, penalti

Jordan sedia diheret ke masa tambahan, penalti

KETUA jurulatih Jordan, Hussein Ammouta berkata, ‘The Chivalrous’ telah bersedia sepenuhnya untuk mengatasi juara dua kali Korea Selatan, walaupun perlawanan diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti dalam saingan separuh akhir Piala Asia 2023 pada Selasa.

Aksi tersebut di Stadium Ahmad Ali di Al Rayyan adalah perlawanan ulangan Kumpulan E dengan Korea Selatan bangkit dengan jaringan lewat untuk menyamakan kedudukan dan menafikan pendahuluan 2-1 memihak Jordan.

Skuad Taegeuk Warriors, bimbingan Jurgen Klismann kemudian memastikan kemenangan dalam dua perlawanan pusingan kalah mati dengan bertarung 120 minit permainan dalam setiap satu dengan salah satu perlawanan diputuskan menerusi penentuan penalti.

Ammouta mengakui kemahiran Korea Selatan dalam permainan berpanjangan dan penalti dan berkata barisan kejurulatihannya telah mengkaji secara menyeluruh pihak lawan, bertujuan untuk menjadi lebih teratur dalam pendekatan mereka.

Scroll to Top