Tiada siapa percaya kaliber Hussein Ammouta

Tiada siapa percaya kaliber Hussein Ammouta

Hussein Ammouta (dua dari kanan) memberikan arahan kepada pemainnya semasa sesi latihan terakhir pasukan Jordan di Lusail. Foto: AFP

KEJAYAAN Hussein Ammouta membawa Jordan mara ke pentas final Piala Asia sememangnya mengejutkan banyak pihak.

Malah, peminat yang paling optimistik tidak menyangka Jordan berjaya mara sejauh ini selepas tempoh persiapan pasukan yang kucar-kacir dan tidak konsisten.

Untuk rekod, pencapaian terbaik dalam lima penyertaan Jordan di Piala Asia ialah mara ke suku akhir pada edisi 2004 dan 2011.

Menjelang aksi final menentang tuan rumah Qatar lewat malam ini, Jordan kembali diperkuatkan dengan kehadiran Salem Ajaleen dan Ali Alwan yang terlepas aksi separuh akhir gara-gara layangan kad.

Scroll to Top