Berikan sepenuh jiwa demi Malaysia

Berikan sepenuh jiwa demi Malaysia

Pearly (kanan) Thinaah antara gandingan mengalas cabaran Malaysia di BATC 2024. Gambar kecil: Razif Sidek

SKUAD negara perlu tampil lebih baik dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 berbanding ketika aksi di Kejuaraan Terbuka Malaysia – kejohanan pembukaan kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) pada Januari lalu.

Itu harapan legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek terhadap pemain negara yang akan membuka gelanggang kempen di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Selasa.

“Menang kalah itu adat pertandingan, akan tetapi tampilkanlah satu persembahan yang membolehkan rakyat Malaysia bangga melihat semangat juang anda (pemain) semasa bertarung di gelanggang.

“Saya percaya peminat-peminat badminton negara mengetahui sejauh mana tahap keupayaan pemain-pemain yang diberikan kepercayaan menggalas cabaran negara.

Scroll to Top