TEKA-TEKI masa depan Jurgen Klinsmann sebagai pengendali Korea Selatan akhirnya terjawab pada Jumaat.
Persekutuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memutuskan untuk menamatkan khidmat jurulatih yang berasal dari Jerman itu susulan kegagalan skuad Taegeuk Warriors dalam saingan Piala Asia Qatar 2023 bulan lalu.
Keputusan pemecatan itu turut dimaklumkan kepada Klinsmann menerusi panggilan telefon sebelum Presiden KFA, Chung Mong-gyu mengumumkan pemecatannya kepada media.
Susulan pemecatan itu KFA difahamkan perlu membayar pampasan berjumlah AS$5 juta (RM24 juta) kepada jurulatih berusia 59 tahun itu.



