
Majalah Nona sekali lagi mencetus fenomena dengan menganjurkan acara pertunjukan fesyen Glam Lebaran Nona yang dibawakan oleh MINAZ dan diserikan oleh Sabihah Gold.


Bersempena ketibaan Syawal tidak lama lagi, acara ini bukan sahaja mengimbau kenangan raya yang menyentuh jiwa bahkan turut menampilkan koleksi baju Aidilfitri yang menggamit nostalgia.
Bertemakan Arabic dan Melayu klasik ̧ para tetamu yang hadir terdiri daripada peminat fesyen serta pempengaruh terkenal.


Lebih bermakna, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad turut hadir.


Terus meneraju trend dan menjadi rujukan wanita Malaysia, Majalah Nona sekali lagi menjalin kolaborasi dengan jenama fesyen tempatan seperti MINAZ.
Selama 14 tahun di pasaran, MINAZ mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen melalui pelbagai himpunan yang elegan termasuk koleksi raya yang menjadi pilihan wanita dan seisi keluarga.


Tahun ini MINAZ mempersembahkan koleksi Aidilfitrinya, Lebaran Kita “Sempurna” yang lebih sopan, longgar dan elegan.
Seni floral batik dan blossom disuntik dalam edisi “printed” bagi menghidupkan nostalgia dan kemodenan tradisional.


MINAZ yang terkenal dengan rekaan bersahaja tetapi mewah, sekali lagi memberikan sentuhan ajaibnya dalam line up produk baharu iaitu “Abaya Series” dengan perincian mewah diinspirasikan dari Timur Tengah.




Istimewanya tahun ini, pecahan koleksi raya terbahagi kepada dua iaitu Arab dan klasik. Setiap helaian pakaiannya direka dengan teliti, menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hajah Hafiza Dato’ Abdul Hamid atau Pija MINAZ berkata “Lebaran Kita” mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’ yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden.
“Kami berharap koleksi ini tidak hanya memikat hati pelanggan tetap MINAZ, tetapi juga dapat menarik minat pelanggan baru yang mencari pakaian raya eksklusif dan istimewa.”


Tambahnya lagi, “MINAZ memberikan penekanan terhadap potongan longgar dan bercorak, yang melambangkan keanggunan serta kemewahan sesuai dengan identiti MINAZ yang terkenal dengan rekaan elegan di samping penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti.
“Kami sangat berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi terbaharu kami “Abaya Series” dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari Timur Tengah.




“Kami yakin koleksi ini bakal menjadi pilihan utama para pencinta fesyen yang menghargai nilai tradisi dan keindahan rekaan moden. Kami percaya, tahun ini Lebaran Kita “Sempurna” lebih sempurna dengan memakai koleksi memukau daripada MINAZ”.


Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama yang terjalin dengan MINAZ yang menghasilkan koleksi yang memukau ini. Kerjasama ini memperlihatkan komitmen kami untuk terus mengangkat dan mempromosikan bakat-bakat tempatan serta mendorong pertumbuhan industri fesyen Malaysia.”
Tambah Syamil lagi, “Kami percaya, fesyen adalah salah satu medium yang kuat untuk menyampaikan identiti budaya dan kreativiti negara kita kepada dunia. Dengan mempersembahkan koleksi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada generasi muda agar berani mengekspresikan diri melalui fesyen sekaligus menyemarakkan kepelbagaian fesyen tempatan.”


Menurut Kiffy Razak, Head of Business (Women Segment), “Kami sangat gembira dapat berkolaborasi dengan MINAZ. Ia satu penghormatan buat kami kerana dapat menyumbang kepada pembangunan industri fesyen tempatan sambil memaparkan kecantikan dan keunikan fesyen Malaysia kepada dunia.
“Kolaborasi ini bukan sahaja mencerminkan kebanggaan terhadap warisan fesyen lebaran tetapi juga menunjukkan komitmen kami untuk terus memperkukuhkan industri fesyen tempatan.”


Peragaan Koleksi Lebaran Kita “Sempurna” diserikan lagi dengan kilauan emas eksklusif daripada Sabihah Gold menambahkan kegemilangan barisan model pada malam itu.
Selain peragaan fesyen runway, MINAZ juga turut menampilkan selebriti Nora Danish sebagai muse yang memperagakan koleksi Lebaran Kita “Sempurna”.






Majlis eksklusif ini dihoskan oleh Fiza Frizzy. Manakala penyanyi Adira Suhaimi dan Amylea Azizan turut menghiburkan tetamu.


MINAZ kini dalam rangka mengembangkan pasaran ke negara jiran Indonesia. Justeru, pempengaruh terkenal Indonesia Aghnia Punjabi dan Nadzira Shafa diterbangkan khas ke acara tersebut.




Koleksi ini tersedia untuk pembelian mulai 1 Mac 2024 di butik dan laman web rasmi MINAZ. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi memukau ini. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi MINAZ di www.minaz.com.my
HASHTAG RASMI
#Glamlebarannona
#majalahnona
#ideaktiv
#LebaranKitaSempurna
Download seeNI sekarang!

Seperti yang anda semua tahu, Mawar Karim, isteri kepada Fizo Omar telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 29 Disember 2017 yang lalu tepat jam 4.01 petang. Tahniah Hijabista ucapkan kepada Fizo Omar & Mawar Karim.
Sememangnya ini satu momen yang paling dinantikan oleh mereka kerana pasangan ini telah menunggu kehadiran cahaya mata sejak 4 tahun yang lalu. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menjadi penyeri pada rumah tangga mereka.
Dua minggu telah berlalu tetapi pasangan ini masih lagi belum mendedahkan wajah anak mereka di laman sosial masing-masing. Tetapi hari ini, Fizo Omar & Mawar Karim telah mendedahkan nama serta wajah anak mereka di laman Instagram (IG) masing-masing.
Bayi comel ini diberi nama Wan Maryam binti Wan Hafizol. Subhanallah, memang comel wajah anak mereka. Putih dan gebu! Hijabista sendiri pun rasa cukup teruja apabila melihat post mereka di IG.
Alhamdulillah, semoga bayi ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya.
Buat Mawar, Hijabista ucapkan selamat berpantang. Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Semoga kalian berbahagia selalu.
Sumber: IG Mawar Karim & IG Fizo Omar
Download seeNI sekarang!

Pelakon cantik, Mona Allen yang juga isteri kepada pengarah terkenal Pekin Ibrahim baharu saja berkongsi satu berita gembira di Instagram miliknya.


Mona mengumumkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata kedua pada pertengahan tahun 2024.


Ketika berita gembira itu diumumkan, kandungan Mona sudah mencecah trimester kedua.
“Bismillahirrahmanirrahim.. Syukur alhamdulillah saya & suami @pekin7words bakal menerima seorang lagi cahayamata iaitu adik kepada Abg Petra. Insyallah pertengahan tahun hadapan.
“Alhamdulillah, sekarang saya dah masuk trimester ke-2, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram. Masyallah tabarakallah..”


Mona turut memohon doa agar fasa kehamilan keduanya itu dipermudahkan.
“Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya, Ameen & terima kasih juga atas doa semua sahabat2, keluarga & rakan2 yang tidak putus & sentiasa mendoakan saya & keluarga, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua, ameen.”


Lebih menarik perhatian, Mona kelihatan sangat berseri-seri biarpun sedang berbadan dua. Sejuk mata memandang apabila melihat Mona menyarungkan jubah dan tudung berwarna putih.
Terserlah seri seorang ibu!


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar dipermudahkan fasa kehamilannya kali ini.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Congratulations. Semoga dipermudah semuanya. Aamiin”
“Alhamdulillah , tahniah @mona.allen yang cantik! Semoga kandungan sihat & dipermudahkan urusan bersalin nanti. Paw abg @pekin7words macam-macam before pops ! Hehehehe”
“Doakan saya dan suami dikurniakan zuriat jugak nanti. InsyaAllah Aamiin”\


Turut menitipkan ucapan ialah rakan-rakan artis antaranya Uyaina Arshad, Hannah Delisha, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin dan Dazrin.
Memandangkan berat badannya bertambah, Mona sempat berseloroh kepada para pengikutnya sambil meletakkan emoji ketawa di akhir kapsyen: –
“Jangan tanya dah tau nape sis gemokk”


Untuk info, Mona dan Pekin mendirikana rumahtangga pada 7 Disember 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun.


Setelah berkahwin, Mona memperlahankan karier seninya sebagai pelakon kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.




Namun, Mona dan Pekin dilihat aktif mengusahakan bisnes milik mereka iaitu Mama Joe Malaysia. Semoga pasangan ini kekal bahagia bersama keluarga!
Kredit Foto: Instagram Mona Allen
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!

