Peranti pintar mercu HONOR laris dipasaran

Peranti pintar mercu HONOR laris dipasaran

PAKAR ekonomi berpendapat bahawa permintaan global yang bergerak perlahan menyebabkan kegoyahan pemulihan ekonomi Malaysia.

Namun begitu, pelancaran HONOR Magic V2 RSR bermula Januari tahun ini bagaimanapun tidak menghalang orang ramai berpusu-pusu ke laman web rasmi HONOR bagi membuat tempahan.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa permintaan rakyat terhadap peranti yang boleh bertahan lama semakin meningkat walaupun dalam keadaan pola ekonomi yang menyederhana.

Kini, HONOR meneruskan lagi usahanya dengan membawakan peranti mudah alih dengan reka bentuk Porsche kedua keluaran mereka, HONOR Magic6 RSR, yang juga mendapat permintaan hangat di Malaysia.

Seawal Januari tahun ini, HONOR berjaya mengeluarkan empat peranti bertaraf ‘flagship’ yang mana dua daripadanya menampilkan reka bentuk unik yang diilhamkan daripada Porsche.

Ia termasuklah HONOR Magic V2 dan HONOR Magic V2 RSR PORSCHE DESIGN serta HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic6 RSR PORSCHE DESIGN.

Menariknya, HONOR Magic6 Pro ternyata bukan sahaja ‘digilai’ pengguna dari dalam negara, bahkan ada warga Singapura yang sanggup menyeberangi jambatan bagi mendapatkan peranti ini di Malaysia.

Rata-rata pengguna turut memuji kecanggihan yang ada pada kedua-dua peranti yang diberi jolokan peranti ‘magis’ ini.

Kerjasama antara HONOR dan PORSCHE DESIGN ini sekali gus mencipta telefon ulra-premium yang menyepadukan reka bentuk canggih, dinamik serta teknologi inovatif dan terkemuka.

HONOR Magic6 Pro dijual pada harga RM4,499 manakala HONOR Magic6 RSR PORSCHE DESIGN dan HONOR Magic V2 RSR PORSCHE DESIGN masing-masing berharga RM7,499 dan RM10,999.

Pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah percuma daripada HONOR seperti HONOR Earbuds X6, penggantian retak skrin depan dan belakang untuk 365 hari serta setahun jaminan lanjutan.

Bagi mendapatkan spesifikasi dan maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 dan HONOR Magic6 Pro, layari laman sesawang HONOR hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top