Remaja maut, 2 parah kemalangan babit 3 motosikal

Remaja maut, 2 parah kemalangan babit 3 motosikal

am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Jerus-Kok Lanas (dalam pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama), Banggol Saman, di sini, jam 7.40 petang semalam.

Kemalangan berlaku apabila dua motosikal Honda EX5 ditunggang lelaki masing-masing berusia 18 dan 21 hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kedua-dua motosikal kemudian berlanggar dengan sebuah motosikal Honda RS ditunggang mangsa berusia 17 tahun dari arah bertentangan.

“Perlanggaran menyebabkan ketiga-tiganya cedera parah,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua penunggang EX5 di bawa ke Hospital Machang dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Manakala mangsa yang maut di bawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh Inspektor Muhammad Firdaus Adzmi di talian 011-1101606.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top