Wan Mustaffa tetapi puji biarpun KL Rovers 'dibelasah'

Wan Mustaffa tetapi puji biarpun KL Rovers 'dibelasah'

sukan@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Meskipun tewas 7-0 di tangan Sabah FC, pengendali KL Rovers FC, Wan Mustaffa Wan Ismail tetap memuji persembahan anak buahnya dalam aksi Pusingan 16, Piala FA di Stadium Likas, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, Wan Mustaffa Wan Ismail, berkata anak buahnya tetap bermain habis-habisan walaupun menyedari sukar untuk menewaskan Sabah yang dianggap sebagai antara kelab gergasi bola sepak di negara ini.

“Pada saya orang kata ‘team’ saya sudah ‘berhari raya’ lebih awal, tapi mereka sudah main habis-habisan dan saya puji mereka kerana tidak menyerah kalah.

“Apa yang membuatkan saya lega, mereka kalah kerana melawan tapi kita juga dapat mencipta empat atau lima peluang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Beliau berkata, pasukannya turut mendapat pelajaran yang penting dalam perlawanan itu sebagai panduan untuk memperbaiki permainan, khususnya dalam saingan Liga M3.

“Apa yang kita belajar ialah kita harus manfaatkan peluang dan jika ada peluang kita perlu menterjemahkannya dengan sebaik mungkin.

“Jika kita boleh lakukan ini, kita mungkin boleh mengurangkan jarak gol. Tapi, saya akan pastikan selepas ini pemain saya akan bangkit pada saingan liga kita nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Mustaffa mengucapkan selamat kepada Sabah FC untuk meneruskan aksi Piala FA hingga ke pusingan seterusnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top