TEHRAN – Pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh akan menguatkan keazaman pejuangnya untuk berdepan dengan rejim Zionis, kata Hezbollah.
Dalam satu kenyataan, Hezbollah menzahirkan ucapan takziah atas kematian Haniyeh yang meupakan, ketua biro politik pergerakan penentangan Palestin Hamas.
Komander yang syahid itu adalah salah seorang pemimpin besar gerakan penentangan yang berdiri dengan berani menentang projek hegemoni Amerika Syarikat dan pendudukan zionis, katanya.
“Kematian syahid pemimpin Haniyeh akan meningkatkan keazaman dan kegigihan di semua arena penentangan untuk meneruskan jalan jihad (perjuangan), dan akan menguatkan keazaman dalam menghadapi musuh zionis, yang mana si pelaku merupakan pembunuh wanita dan kanak-kanak, melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, dan perampas tanah dan kesucian negara Palestin dan kesucian negara,” tambah Hezbollah.
Haniyeh dan salah seorang pengawal peribadinya dibunuh di kediaman mereka di ibu negara Iran pada awal Rabu, beberapa jam selepas ketua Hamas itu menyertai majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.- Agensi




