Chateauroux, Perancis: Penembak Korea Selatan Yang Ji-in memenangi pingat emas acara 25 meter pistol wanita di Sukan Olimpik Paris, sebentar tadi.
Atlet Perancis Camille Jedrzejewski meraih perak manakala gangsa dimenangi jaguh Hungary Veronika Major.
Ji-in dan Camille terikat dengan 37 mata sekali gus memaksa shoot-off yang menyaksikan penembak Korea Selatan itu menang 4-1 di Pusat Menembak Chateauroux.
Veronika turut meraih gangsa menerusi shoot-off yang menghampakan wakil India Manu Bhaker yang memburu pingat ketiga di Paris 2024.
© New Straits Times Press (M) Bhd




