YouTuber AS, idam emas tinju di Olimpik LA

YouTuber AS, idam emas tinju di Olimpik LA

Paris: Jake Paul menyatakan keinginannya untuk mewakili pasukan Amerika Syarikat (AS) pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan akan melayakkan diri dalam acara tinju.

YouTuber itu membina kerjaya dalam tinju profesional yang sangat menguntungkan setakat ini, dengan rekodnya 10-1 sejak membuat penampilan sulungnya pada 2020.

Namun lawannya setakat ini tidaklah begitu ternama dalam dunia seni bela diri campuran (MMA) malah tidak ada yang mempunyai kredibiliti dalam tinju.

Satu-satunya lawan yang dihadapinya dengan usia, berat dan pengalaman yang sama ialah Tommy Fury, satu-satunya kekalahan yang dialami petinju Amerika itu.

Namun, walaupun dengan pengalaman yang terhad serta lawan yang tidak berkualiti, Paul percaya pada kemampuannya di LA, bertanding untuk negaranya dan sudah pun membayangkan pingat emas.

Bercakap dalam podcast BS W/ Jake Paul, petinju berusia 27 tahun itu berkata: “Saya akan menyertai Sukan Olimpik 2028 dalam tinju di LA. Saya muak dan bosan menunggu, menunggu untuk satu lagi emas untuk pasukan AS”

“Los Angeles, Amerika Syarikat. Pingat emas, awak milik saya, abang.”

Paul tidak akan diberikan tempat dalam pasukan AS dengan mudah dalam masa empat tahun dan perlu layak, tetapi dia berkata dia ingin mencubanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top