Sifan cipta sejarah

Sifan cipta sejarah

Paris: Atlet Belanda Sifan Hassan memenangi pingat emas maraton wanita di Sukan Olimpik Paris hari ini selepas meraih gangsa acara 5,000 dan 10,000 meter (m) awal minggu ini.

Sifan bersaing sengit dengan pelari Habsyah Tigst Assefa dan dapat memintasnya menuju ke garisan penamat dengan catatan rekod baharu Olimpik dalam masa 2 jam, 22 minit dan 55 saat.

Tigst yang ketinggalan tiga saat di belakang meraih perak manakala jaguh Kenya Hellen Obiri meraih gangsa (2:23:10).

Kemenangan Sifan yang berusia berusia 31 tahun menjadikan dia atlet pertama meraih tiga pingat acara jarak jauh dalam satu temasya Olimpik sejak pelari Czech Emil Zatopek mencapainya pada 1952.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top