Tragedi bot karam: Keluarga mangsa harap bapa mereka selamat

Tragedi bot karam: Keluarga mangsa harap bapa mereka selamat

Chukai: Anak kepada seorang daripada mangsa yang hilang dalam kejadian bot nelayan dan tongkang berlanggar di perairan Kemaman pagi tadi, berharap bapanya dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

Mohd Azad Yusuf, 37, dari Raub, Pahang berkata dia tidak menyangka bapanya Yusuf Kassam, 66, yang pergi memancing bersama rakan kali ini, berakhir dengan tragedi.

Menurut Azad, bapanya yang juga pesara polis keluar dari rumah kira-kira 10 pagi semalam bersama dua lagi rakannya, Rosnawi Harun, 50, dan mat Ali Alahan, 66.

“Ayah memang biasa keluar memancing di merata-rata tempat. Banyak kali juga dia ke Terengganu untuk ke laut terutama ketika musim mencandat (mencandat sotong).

“Sebelum ke Terengganu pagi semalam, bapa sempat bersarapan bersama ibu di rumah. Ibu tak sihat… dia memang bergerak menggunakan kerusi roda sepanjang masa,” katanya ketika ditemui Jeti Haji Pa Kuala Kemaman, di sini hari ini.

Mohd Azad berkata dia mendapat berita mengenai kehilangan bapanya daripada pemilik rumah inap di Kemaman kira-kira 11 pagi tadi.

Katanya, kali terakhir ibu berhubung dengan bapanya pada kira-kira 2.30 petang semalam sebelum turun ke laut pada 4 petang.

“Ibu tidak ikut ke Kemaman kerana tidak sihat. Saya sendiri tidak tahu berapa lama kami akan berada di sini (Kemaman). Lagipun dia ada darah tinggi. Saya tak mahu dia lebih tertekan kalau berada di sini,” katanya.

Bot karam: Kata balik hari ini… tetapi dia pulang dalam keadaan tidak bernyawa

‘Hampir lemas, sudah tertelan banyak air’ – Ain Farhana

Saya hanya ingat mati

Mangsa lemas kedua ditemui

Wanita lemas dan tiga lagi hilang, bot dilanggar tongkang

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top