Mayat lelaki pakai baju nombor 56 ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang

Mayat lelaki pakai baju nombor 56 ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang di sini, hari ini

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

“Serah kepada pihak polis (penemuan mayat dipercayai Nidza Afham),” katanya kepada media, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top