Kesan Kasino Terhadap Ekonomi Malaysia dan Komuniti Setempatnya

Kasino sememangnya dikenali sebagai pusat hiburan yang menawarkan keseronokan serta peluang untuk mendapatkan ganjaran kewangan. Tidak disangkal, topik mengenai kasino sentiasa menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan impak kasino terhadap ekonomi di Malaysia, dengan mengambil kira sudut positif dan negatifnya,

Menarik Pelancong Luar dan Dalam Negara

Kasino di Genting Highland antara pusat hiburan dan pelancongan yang menarik banyak perhatian pelancong di dalam dan luar Malaysia, walaupun ada kasino dalam talian terbaik di Malaysia ada.  Secara tidak langsung, kunjungan pelancong ke kasino ini telah menaikkan ekonomi negara dan penduduk setempat.  Ini dapat dilihat melalui transaksi yang dilakukan pengunjung apabila mereka menempah hotel, membayar makanan dan juga tempahan ke taman tema Genting serta kawasan menarik di sekitarnya.

Pengunjung kasino dari negara China, Singapura dan negara lain menyumbang kepada bilangan pelancong ke negara ini. Pada masa yang sama juga, Agoda turut melaporkan bahawa Malaysia ialah negara keempat di Asia yang sering dikunjung oleh pelancong dari Eropah.

Peluang Pekerjaan untuk Penduduk Setempat

Selain daripada membantu ekonomi dari sudut pelancongan, kasino turut meningkatkan ekonomi setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Pusat kasino memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Peluang pekerjaan yang disediakan terdiri daripada bidang kewangan dan perbankan, sumber manusia dan pentadbiran, jualan serta pemasaran, dan banyak lagi.

Jika anda ingin tahu, peluang pekerjaan yang banyak mampu mengukuhkan ekonomi negara.  Sebagai contoh, pada tahun 2024, pelaburan asing di negara yang meningkat telah menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Ini secara tidak langsung telah memperkasakan nilai ringgit.

Hasil Kutipan Cukai Dari Kasino

Pusat kasino dan judi di negara ini diwajibkan untuk membayar cukai. Menurut laman utama MYSST, cukai yang dikenakan kepada pengendali kasino dikenali sebagai cukai perkhidmatan. Duti kasino juga wajib dibayar. Memandangkan kadar cukai perkhidmatan dinaikkan kepada 8% pada tahun ini, kerajaan turut menjangkakan hasil kutipan cukai akan meningkat.

Hasil cukai ini dapat digunakan untuk menambahkan dana bagi membantu rakyat. Salah satunya ialah dengan menambah baik infrastruktur yang ada di negara ini. Kerajaan juga akan mampu menyediakan peruntukan yang lebih menyeluruh untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sebagai contoh, menambahkan nilai bantuan bulanan untuk rakyat miskin tegar.

Menyumbang Kepada Kepelbagaian Ekonomi

Seperti yang anda sedia maklum, pertanian dan perindustrian antara sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi negara Malaysia. Dengan adanya kasino ini, ia mampu menyumbang kepada ekonomi negara menerusi sektor perkhidmatan. Menurut laporan yang disediakan oleh Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2023, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak RM930 bilion kepada jumlah keseluruhan GDP negara.

Impak Negatif Kasino

Kita telah melihat bagaimana kasino mampu menjana pendapatan negara serta masyarakat setempat di bahagian atas. Namun begitu, kita tidak boleh menghiraukan pandangan serta impak negatif pusat kasino terhadap masyarakat setempat. Seperti yang anda sedia maklum, isu mengenai kasino dan pusat perjudian (dalam talian dan bukan dalam talian) pernah menjadi topik utama di dewan negara.

Ketidaksamaan sosial

Walaupun kasino mampu menyediakan peluang pekerjaan serta menjana ekonomi masyarakat setempat, ketidaksamaan sosial masih boleh berlaku. Ini terjadi apabila wujudnya masalah sosial seperti ketagihan perjudian. Perbezaan antara mereka yang mendapat manfaat dan mereka yang terjejas boleh membawa kepada ketegangan sosial dan rasa ketidakadilan dalam masyarakat.

Isu keselamatan dan jenayah

Selain itu, aktiviti haram seperti penipuan dan pengubahan wang haram sering kali dikaitkan dengan kasino. Kasino adalah antara sasaran untuk aktiviti haram kerana penumpuan wang yang besar. Untuk mengurangkan risiko ini, rangka kerja kawal selia yang kukuh dan pengawasan yang rapi diperlukan.

Ini memerlukan campur tangan pihak berkuasa pengawal keselamatan seperti polis terlebih dahulu. Di mana, rangka kerja kawal selia dan kawalan keselamatan yang berterusan diperlukan. Buat masa sekarang, pihak kasino melakukan kawalan keselamatan yang ketat untuk melindungi pengunjung mereka.

Ketagihan perjudian dan isu lain yang berkaitan

Ketagihan kepada permainan judi adalah salah satu masalah sosial utama yang sering dikaitkan dengan kasino. Masalah perjudian sudah semestinya memberi kesan yang buruk kepada orang ramai dan keluarga mereka. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan mental, masalah interpersonal dan masalah kewangan.

Pemain yang mempunyai masalah ketagihan perjudian selalunya malu untuk mendapatkan bantuan. Ini kerana, masyarakat sering memandang serong terhadap individu yang gemar berjudi. Untuk mengatasi masalah ini, rakyat perlu lebih terbuka dan membantu rakan atau ahli keluarga yang memerlukan.

Mengimbangi Kesan Positif dan Negatif Kasino

Pendekatan yang seimbang diperlukan untuk memaksimumkan kesan positif kasino, disamping mengehadkan kesan yang tidak diingini. Ini termasuk mengukuhkan undang-undang perjudian yang sedia ada. Pada masa yang sama, perkhidmatan sokongan yang komprehensif untuk penjudi bermasalah juga perlu diperkenalkan. Pendekatan yang terbuka perlu dilakukan untuk memastikan pemain tidak merasa janggal dan kekok untuk mendapatkan bantuan.

Masyarakat di Malaysia juga perlu bekerjasama dalam memperkukuhkan usaha ini. Kerajaan dan pengendali kasino mesti saling membantu bagi menjamin impak positif kasino terhadap ekonomi negara direalisasikan tanpa menjejaskan kesejahteraan komuniti berdekatan.

Scroll to Top