Mayat Bayi Dijumpai Tertanam Dalam Simen Parkir Kereta Rumah | Oh! Media

Mayat Bayi Dijumpai Tertanam Dalam Simen Parkir Kereta Rumah | Oh! Media

Allahu Akhbar! Terdapat mayat seorang bayi ditemui tertanam dalam simen di kawasan parkir sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh. 

Menurut laporan Sinar Harian, seorang lelaki berusia 37 tahun yang sedang melakukan kerja-kerja baik pulih rumah itu yang menjumpai bayi tersebut.

Pada awalnya, lelaki itu sedang mengorek tanah untuk menyimen semula lantai lalu terjumpa secebis kain sarung.

Kemudian, dia cuba menarik kain sarung itu dan terkejut apabila melihat ada objek yang dipercayai adalah mayat bayi.

Allahu, tergamaknya siapa yang lakukan sedemikian. Semoga di pelaku dapat ditangkap dan menerima hukuman yang setimpal atas apa yang telah dia lakukan.


Scroll to Top