Pesara bank rugi hampir RM2 juta angkara 'Love Scam'

Pesara bank rugi hampir RM2 juta angkara 'Love Scam'

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Seorang pesara bank kerugian RM1.98 juta selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket ‘Love Scam’ membabitkan penerimaan bungkusan (parcel).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada kira-kira jam 4.10 petang, semalam.

“Pengadu dalam kes ini adalah seorang wanita warga tempatan berusia 64 tahun yang juga seorang pesara bank.

“Untuk menebus bungkusan tersebut, pengadu perlu memasukkan wang ke dalam 12 akaun yang tidak dikenali seperti yang diarahkan sejak Mei lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

“Orang ramai dinasihatkan jangan mudah terpedaya dengan ‘love scam’ dan tidak melayan individu tidak dikenali di media sosial.

“Orang ramai juga dinasihatkan membuat semakan sebelum melakukan transaksi kewangan dengan mengesahjan nombor telefon serta akaun di https://semakmule.rmp.gov.my,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top