Sensasi 18 tahun ganti Hamilton

Sensasi 18 tahun ganti Hamilton

Monza: Pemandu muda Itali, Andrea Kimi Antonelli akan melangkah ke Formula Satu (F1) musim depan menggantikan Lewis Hamilton di Mercedes, umum pasukan itu, hari ini.

Antonelli, yang baru sahaja berusia 18 tahun pada 25 Ogos lalu, akan bergandingan dengan George Russell, satu lagi produk daripada program junior pasukan, selepas Hamilton berpindah ke Ferrari pada tahun depan.

“Barisan pemandu kami untuk tahun 2025 menggabungkan pengalaman, bakat, pemuda, dan kelajuan yang luar biasa.

“Kami teruja dengan apa yang akan dibawa oleh George dan Kimi kepada pasukan, bukan sahaja sebagai pemandu, tetapi juga sebagai rakan sepasukan,” kata ketua pasukan Toto Wolff dalam satu kenyataan.

Antonelli, yang berasal dari Bologna, melalui karier yang cemerlang walaupun mengalami sedikit kemerosotan pada permulaan musim ini.

Dia memenangi kejuaraan Formula 4 Itali dan Jerman pada tahun 2022, serta kejuaraan Formula serantau Timur Tengah dan Eropah pada tahun 2023.

Musim ini, dia tidak beraksi di Formula 3 dan terus menyertai kejuaraan Formula 2.

Selepas permulaan yang agak perlahan, dia mencatatkan kemenangan pertamanya dalam perlumbaan pecut di Silverstone pada awal Julai lalu, sebelum memenangi perlumbaan utama di Budapest dua minggu kemudian.

Dia kini berada di tempat ketujuh dalam kejuaraan dengan berbaki empat pusingan lagi untuk diharungi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top