Seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Amir menegur tindakan pelanggannya yang memesan makanan dari restoran tidak halal raih pujian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amir di laman TikToknya, dia berkata teguran itu dibuat atas dasar tanggungjawab sebagai seorang umat Islam kepada saudara lain supaya menyedari kealpaan dan kesalahan yang dilakukan.
Rider tegur pelanggan
@amir.d.luffy First Time Aku Dapat Customer Melayu Dah Biasa Makan Kat Kedai Non-Halal. Aku Nak Tegur Sebab Tanggungjawap Sebagai Orang Islam. Kalau Tak Tagur Aku Yang Kena Tanggung Dosa. So Kepada Orang Bukan Agama Islam. Tolong Faham Dgn Ajaran Agama Islam Kami. Kami Sebagai Orang Islam Hanya Tegur Sesama Orang Islam Kami. Harap Orang Bukan Beragama Islam Faham Dan Jangan Pertikaikan Agama Islam Kami lagi. 🤲 Ya Allah Kau Berikanlah Kekuatan Iman Kepada Semua Golongan Umatmu Ini Ya Allah 🤲 Sejahat-Jahat Aku Pon. Aku Tak Penah Terlintas Nak Makan Kedai Non-Halal , #video #viral #amirdluffy #johorbahru #malaysia #fyp #fypシ #fypシ゚viral #trending
Dalam video terbabit, Amir telah menelefon pelanggan tersebut untuk mendapatkan kepastian sama ada cakna atau tidak makanan yang dipesan dari restoran yang tidak halal.
Apa yang mengejutkan, pelanggan wanita itu sudah mengetahui perkara tersebut malah tetap berdegil untuk menjamah juadah itu.
Rider tegur pelanggan


Artikel lain: Lelaki terharu jumpa pelanggan ‘degil’, selalu pesan makanan extra untuk belanja rider sekali
“First time aku dapat pelanggan Melayu yang dah biasa makan kat kedai non-halal. Aku nak tegur sebab tanggungjawab sebagai orang Islam.
“Kalau tak tegur aku yang kena tanggung dosa. Jadi kepada orang bukan beragama Islam, toilong faham dengan ajaran Islam kami.
“Kami sebagai orang Islam hanya tegur sesama orang Islam kami, harap orang bukan beragama Islam faham dan jangan pertikaikan agama Islam kami lagi.
“Ya Allah berikanlah kekuatan iman kepada semua golongan umatmu ini, sejahat-jahat aku pun tak pernah terlintas nak makan kedai non halal,” katanya.
Terima kasih Amir sudah jalankan tugas!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin Amir yang berani menasihati pelanggan tersebut dan berterima kasih kerana sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai umat Islam.

Netizen sedih

Sumber: TikTok @Amirdluffy



