Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final tidak kesampaian

Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final tidak kesampaian

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk meneruskan hari cemerlang Malaysia ke pentas final tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kelima dari tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada Terbuka China, sebentar tadi.

Turun dalam aksi separuh akhir di yang berlangsung Pusat Sukan Olimpik Changzhou hari ini, tugas sukar menanti wakil negara itu apabila perlu mengatasi beregu ketujuh dunia itu tetapi ia tidak berjaya selepas lawan mereka itu beraksi lebih untuk menang straight set 18-21, 11-21 dalam masa 43 minit.

Ini adalah pertemuan kali kedua mereka pada tahun ini apabila sebelum ini pernah bertemu pada di peringkat yang sama pada Terbuka Jerman yang menyaksikan Ji Ting-Xiang Yu turut mengecewakan pasangan negara itu.

Meskipun gagal mengikut jejak rakan senegara ke perlawanan akhir, pujian harus diberikan kerana tidak memberi laluan mudah untuk lawan mereka menang terutama di set pertama.

Untuk final esok, menyaksikan dua wakil bakal turun membabitkan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai akan bertemu wakil tuan rumah buat kali ketiga berturut yang juga nombor tiga dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Sementara satu lagi beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan bertemu Ji Ting-Xiang Yu dalam usaha menebus kekecewaan rakan mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top