Ini Gelaran Yang Diberikan Sultan Kelantan Kepada Anwar Ibrahim | Oh! Media

Ini Gelaran Yang Diberikan Sultan Kelantan Kepada Anwar Ibrahim | Oh! Media

Hari ini telah berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Sultan Muhammad V yang ke-55.

Menurut laporan Harian Metro, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai istiadat senarai 763 penerima darjah itu telah dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Muhammad V telah menganugerahkan darjah kebesaran kepada 100 individu dan 35 daripadanya telah menerima gelaran Datuk.

Sekadar info, sebelum ini Perdana Menteri  berharap agar syarikat swasta akan menjadikan Khazanah Nasional sebagai contoh dengan menetapkan gaji minimum RM3,000 kepada pekerja.

BACAAnwar Ibrahim Puji Langkah Khazanah Nasional Beri Gaji Minimum RM3,000 Untuk Pekerja

Selain itu, PMX juga memfokus nasib mana-mana pekerja yang dianggap penting selepas mengambil kira keuntungan syarikat.


Scroll to Top