“Tu Boleh Je Jalan-Jalan” – Wanita Disindir Selepas Enggan Bagi Pinjam Duit | Oh! Media

“Tu Boleh Je Jalan-Jalan” – Wanita Disindir Selepas Enggan Bagi Pinjam Duit | Oh! Media

Zaman sekarang berhutang sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah pihak. Namun, ada juga pihak yang tidak segan silu apabila mereka tidak membayar hutang mereka tepat pada masanya.

Seperti kisah yang dikongsi seorang wanita ini, ada individu yang berhutang dengannya tidak malu mempersoalkan tentang gaya hidupnya.

Difahamkan, wanita itu telah memuat naik satu hantaran video di status Whatsapp ketika dia membawa anaknya bermain di satu taman permainan indoor.

Video yang dimuat naik itu telah menarik perhatian salah seorang rakan di contact Whatsappnya.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila individu itu telah mempertikaikan bagaimana wanita tersebut boleh membawa anaknya bersiar-siar sedangkan permintaannya untuk meminjam wang sempat ditolak sebelum ini.

Bukan itu sahaja, malah individu itu telah mempersoalkan tindakan wanita tersebut apabila pernah meminta semula wang yang dipinjam olehnya.


Scroll to Top