M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Bergabung Pentas, Gegarkan Konsert Amal MPO November Ini!

M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Bergabung Pentas, Gegarkan Konsert Amal MPO November Ini!

Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) buat julung kalinya bakal mengadakan Konsert Amal MPO (Resonance For A Reason) pada 9 November ini.

Bertempat di tempat berprestjij Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), konsert istimewa ini menampilkan lima penyanyi terkemuka tanah air dan semestinya mempunyai bakat luar biasa.

Konsert Amal MPO ini akan dikendalikan oleh maestro muzik terkenal, Ahmad Muriz Che Rose yang bakal memimpin persembahan barisan artis iaitu Datuk M Nasir, Datuk Shiela Majid, Misha Omar, Aina Abdul dan Amir Jahari.

Selain itu, konsert ini juga bakal menampilkan bakat Orkestra Filharmonik Belia Malaysia atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra iaitu produk hasil daripada komitmen dan dedikasi MPO menyokong muzik tempatan.

Pembelian tiket berharga RM888, RM1188, RM1388, RM1588, RM1888 dan RM2588 boleh diperoleh melalui e-mel [email protected].

MPO

Scroll to Top