'Dah terlajak tahun, sekarang 'target' nak kahwin umur 33' – Daiyan Trisha

'Dah terlajak tahun, sekarang 'target' nak kahwin umur 33' – Daiyan Trisha

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mensasarkan usia 33 tahun untuk menamatkan zaman bujangnya selepas ‘terlajak’ lima tahun daripada sasaran usia sebelum ini.

Daiyan, 30, ketika ditemui di pelancaran album barunya, Lovelorn berkata, dia terbuka untuk berbicara mengenai perkahwinan.

“Saya rancang nak berkahwin ketika berusia 25 tahun. Tapi, sebab dah terlajak lima tahun, saya okay saja. Jadi, sasaran usia baru yang saya letakkan, 33 tahun. Kalau tak juga, 36 tahun pun, saya okay saja dan terbuka,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan menyerahkan soal pilihan jodoh kepada ibu bapa, Daiyan berkata, dia juga pernah meminta mereka untuk mencari bakal suami yang sesuai.

“Ada juga saya minta ibu bapa carikan jodoh, tapi mereka pun tak tahu saya nak suami yang bagaimana,” katanya.

“Sekarang dah malas nak ‘dating’. Perkahwinan itu sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Jadi, kalau jumpa jodoh yang sesuai, kita teruskan,” katanya.

Sementara itu, album terbaru Daiyan memuatkan 11 lagu ciptaannya dan diterbitkan bersama beberapa penerbit muzik tanah air.

Selain album Lovelorn, Daiyan juga bakal muncul dengan persembahan Daiyan Trisha Live in Surround Sound pada 1 dan 2 November di Aurum Theatre TRX Kuala Lumpur.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top