IBA gesa persekutuan negara sepakat 'lawan' IOC

IBA gesa persekutuan negara sepakat 'lawan' IOC

Reuters

London: Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) menggesa persekutuan di setiap negara menyertai tindakan undang-undang di Switzerland bagi menentang ‘tingkah laku salah’ oleh penganjur Olimpik.

IBA dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak sependapat sejak badan induk tinju itu yang diketuai Umar Kremlev, dilucutkan pengiktirafan pada tahun lalu kerana kegagalan melaksanakan perubahan tadbir urus dan kewangan.

Dua pertandingan di dua temasya Olimpik terakhir diuruskan oleh IOC yang berpangkalan di Switzerland dan menyatakan tinju tidak akan dipertandingkan di Los Angeles 2028 (LA2028) jika persekutuan negara gagal melantik badan induk baharu dunia.

Dalam satu kenyataan, IBA menyatakan sudah menghantar aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pertandingan Switzerland pada Ogos lalu, dengan mendakwa IOC sebagai ‘secara tidak adil mendominasi pasaran global untuk penganjuran dan pemasaran bagi Sukan Olimpik’.

“IOC menggunakan pengaruh untuk menghalang petinju daripada bertanding di Olimpik jika persekutuan negara mereka bergabung dengan IBA, yang jelas melanggar peraturan pertandingan secara adil di bawah undang-undang Switzerland,” tambahnya.

IBA mendakwa, IOC turut mendesak Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) untuk menyisihkan negara yang bergabung dengan IBA daripada menjadi ahli mereka, yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang.

“Sebagai reaksi kepada situasi ini, IBA mengajak semua persekutuan kebangsaan untuk menyertai langkah mengambil tindakan undang-undang terhadap IOC di Switzerland,” katanya.

it said.

“Apabila bekerjasama, kita boleh meningkatkan peluang menamatkan tekanan daripada kedua-dua pihak iaitu IOC dan NOC.”

Badan baru, Tinju Dunia dilancarkan tahun lalu untuk menyelamatkan sukan itu di Olimpik pada masa depan, tetapi hanya mampu menarik 45 persekutuan pada awal September ketika masa sudah tamat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top