Bekas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal melancarkan lagu duet bersama berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Difahamkan, lagu tersebut bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini di semua platform digital.
BACA: Adik Fattah Amin Kongsi Petikan Hukum Mengumpat
Perkara itu dimaklumkan oleh sebuah label muzik dari Indonesia, Hits Records di mana lagu itu juga mendapat sentuhan dari komposer terkenal, Ippo Hafiz.
Difahamkan, lagu berkenaan sudah lama dirakam ketika Fattah dan Fazura masih berstatus suami isteri.
Semalam, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.




