Kata-kata semangat buat Baim Wong

Kata-kata semangat buat Baim Wong

Kuala Lumpur : Penerbit dan pelakon, Erma Fatima memberi kata-kata semangat kepada pelakon Indonesia yang dianggap seperti anaknya, Baim Wong selepas tular berita perceraian pelakon itu dengan bekas isteri, Paula Verhoeven. 

Dalam hantaran di Instagram, Erma menegaskan bahawa tidak ada guna sekiranya Baim terus mempertahankan cinta yang sudah dikhianati. 

“Tak mengapa anakku. Tidak ada gunanya memeprtahankan cinta yang dikhianati. Ada yang lebih harganya iaitu maruah. Simpan saja kesakitanmu.

“Kenangan manis mahupun pahit kerana ketika kamu akad janji kamu kepada Allah, bukan kepada dunia. Maka, menangislah sepuasmu dan adukan hanya kepada-Nya kerana Dia Maha tahu apa yg terbaik buat kamu.

“Insya-Allah pasti ada yang lebih baik Allah gantikan buat kamu. ‘Stay cool!'” katanya.

Dalam satu lagi hantaran, Erma menyuarakan pendapatnya bahawa adalah tidak mustahil atau pelik sekiranya dalam zaman sekarang, ada isteri yang berlaku curang dalam rumah tangga. 

“Curang? Hmmmm. Dah tentu orang tak percaya kepada Baim, kan? Bila bab curang ini, selalunya kita salahkan lelaki. Tetapi, tak pelik di zaman sekarang ini, kalau isteri pun banyak yang sudah curang!” tulisnya. 

Terdahulu, Baim dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Paula, Isnin lalu di Mahkamah Agama Jakata Selatan, Indonesia.

 

Memetik laporan CNN Indonesia, Baim mendedahkan bahawa perceraian berlaku disebabkan perbuatan curang isterinya itu bersama rakan baiknya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top