“Ini Bukan Masa Yang Sesuai” – Pengurus Maklum Fazura Juga Tidak Tahu Mengenai Pelancaran Single Duet Bersama Fattah Amin

“Ini Bukan Masa Yang Sesuai” – Pengurus Maklum Fazura Juga Tidak Tahu Mengenai Pelancaran Single Duet Bersama Fattah Amin

Susulan tular mengenai pelancaran single berjudul Bertahan Demi Cinta nyanyian duet bersama Fazura dan bekas suami Fattah Amin sebaik sahaja lafaz talak selesai, pengurus aktres itu, Iman Tang tampil memberikan respons.

Katanya memetik laporan Berita Harian, tindakan syarikat rakaman itu disifatkan sebagai tidak sensitif, malah cuba mengambil kesempatan terhadap isu yang berlaku.

“Apa yang saya tahu perkara ini mungkin terjadi apabila berita perceraian sudah kecoh. Bagi saya, ini bukanlah masa yang sesuai untuk lagu dikeluarkan dengan tajuk lagu pula begitu.

“Saya sempat sembang dengan peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan dan dia pun mengatakan tidak sesuai sebab penghujungnya orang akan menganggap ia sekadar gimik. Gaduh-gaduh dan menangis, rupa-rupanya mahu jual lagu atau produk.

“Saya sangka lagu ini tidak jadi dilancarkan, tapi tiba-tiba keluar berita lagu ini akan dikeluarkan,” katanya kepada pemberita.

 

Tegas Iman, pelantun lagu Sayangi Dirimu itu juga tidak mengetahui mengenai cadangan untuk melancarkan single tersebut.

“Saya ada bertanyakan perkara ini pada Fazura dan abangnya, tapi mereka kata pihak label tidak ada maklumkan akan mengeluarkan single duet itu.

“Dia juga tidak bersetuju kerana lagu sudah lama dirakam. Sudah tentu tiada siapa setuju.

“Saya tidak menguruskan kerjaya muzik Fazura kerana ia kini diambil alih Universal Music Malaysia. Saya tidak tahu apa rancangan mereka,” jelasnya.

Bahkan, Iman juga berharap agar pihak berkenaan lebih peka dengan isu sensitif melibatkan rumah tangga orang lain.

“Kami tidak meminta, tapi orang Islam, hormatilah jika seseorang sedang melalui masa yang sukar. Jangan ambil kesempatan, gunalah otak.

“Bagi syarikat rakaman mungkin lagu ini orang akan dengar. Secara peribadi, saya rasa mereka seolah-olah menangguk di air keruh sebab perkara itu bukan benda yang bagus,” ulasnya.

Namun, demi menjaga reputasi dan tidak mahu mencipta apa-apa kontroversi termasuklah dakwan gimik dan sebagainya, Iman bagaimanapun tidak akan membenarkan Fazura mempromosikan lagu berkenaan.

“Kalau Fazura promosi lagu saya akan marah sebab ia tidak betul. Ini bukan bahan jenaka untuk ambil kesempatan. Saya juga tidak tahu jika ada terikat kontrak.

“Bagi saya, tidak perlu pun, isu yang lebih penting iaitu rumah tangga.

“Kalau tidak ambil serius, ia akan mengajar generasi lain bahawa isu cerai boleh dibuat main-main,” tegasnya.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul sebaik sahaja syarikat rakaman Indonesia memuat naik video teaser tersebut di platform Instagram rasmi mereka.

Bahkan, pada Khamis, pengurus Fattah Amin iaitu Acha Sakirin turut mendedahkan bahawa pihaknya juga tidak mengetahui mengenai pelancaran single duet pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Perceraian Bukan Gimik, Pengurus Dedah Fattah Amin Tak Tahu Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Duet Bersama Fazura Bakal Dilancarkan

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:“Hak Jagaan Anak Diberi Kepada Fazura, Saya Dapat Hak Bertemu & Bermalam Dengan Fatima” – Fattah Amin

 

Sumber: Berita Harian

Scroll to Top