Juruterbang mati dalam penerbangan dari Amerika ke Turkiye

Juruterbang mati dalam penerbangan dari Amerika ke Turkiye
Juruterbang Turkish Airlines, Ilcehin Pehlivan. (FOTO: Vox News Albania)
– Advertisement –

ISTANBUL: Seorang juruterbang Turkish Airlines meninggal dunia selepas rebah di pertengahan penerbangan dari Seattle, Amerika Syarikat ke Istanbul memaksa syarikat penerbangan nasional Turkiye itu melakukan pendaratan cemas di New York.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada lewat Rabu berkata, pesawat itu telah berlepas dari bandar pantai barat AS Seattle pada petang Selasa, lapor CNN.

– Advertisement –

Jurucakap Turkish Airlines, Yahya Ustun menulis di X, berkata, “Juruterbang Airbus 350 kami … penerbangan TK204 dari Seattle ke Istanbul rebah semasa penerbangan.

“Selepas percubaan memberikan pertolongan cemas tidak berjaya, kru penerbangan – seorang lagi juruterbang dan seorang pembantu juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas, tetapi dia meninggal dunia sebelum mendarat.”

Data dari tapak penjejakan FlightAware menunjukkan bahawa pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy sejurus sebelum jam 6 pagi Rabu.

“Pengaturan sedang dibuat untuk penumpang sampai ke destinasi mereka dari New York.

“Juruterbang berusia 59 tahun, Ilcehin Pehlivan, yang telah bekerja untuk Turkish Airlines sejak 2007, telah lulus pemeriksaan kesihatan pada Mac, yang tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan,” tulis Ustun.

“Sebagai pekerja Turkish Airlines, kami amat merasakan kehilangan kapten kami dan mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan semua orang tersayangnya yang ditinggalkan,” kata Ustun. – HARAKAHDAILY 10/10/2024

– Advertisement –

Scroll to Top