Apakah boleh jual beli di dalam masjid?

Apakah boleh jual beli di dalam masjid?

Soalan

Apakah dibolehkan untuk berjual beli di dalam masjid?

Jawapan

Masjid merupakan tempat yang mulia dan ALLAH SWT mengizinkan untuk umat Islam meninggikan suara ketika berzikir, menyebut namanya dan melakukan beribadah lain.

Di dalam masjid, jangan sesekali lalai daripada mengingati ALLAH SWT dengan sebab berniaga, berjual beli dan seumpamanya, sebagaimana ayat ke-36 dan ke-37 surah an-Nur.

ALLAH SWT menjadikan masjid sebagai tempat seseorang menyucikan hati daripada sifat mazmumah dan menyucikan diri daripada sebarang perkara yang mengotorkan.

Maka Nabi Muhammad SAW berdasarkan kepada satu hadis, melarang untuk kita melakukan perkara yang boleh melalaikan termasuklah berjual beli.

Jual beli di masjid yang dimaksudkan ialah di dalam kawasan yang suci termasuk di dewan solat dan serambinya.

Jumhur ulama menghukumnya sebagai makruh dan ia dilarang. Adapun sekiranya di luar bangunan masjid walaupun di dalam kawasan masjid, ia tidak termasuk dalam larangan ini.

Scroll to Top