Wanita cedera terlanggar 'abang besar'

Wanita cedera terlanggar 'abang besar'

am@hmetro.com.my

Kluang: Pegawai bank cedera ringan, manakala kereta dipandu remuk selepas terlanggar seekor gajah sedang melintas di Jalan Felda Kahang Barat, di sini, semalam.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Haslinda Hasbullah, 39, yang mengalami sakit di bahagian dada dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku ketika wanita yang memandu Honda Civic 1.5 itu dalam perjalanan dari Kahang ke Taman Seri Impian.

“Ketika menuruni bukit, mangsa tidak menyedari sekumpulan gajah berada di tengah jalan.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat dan gelap, pemandu terlanggar kaki seekor daripada gajah itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kumpulan gajah itu bagaimanapun beredar selepas kemalangan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top