Pelakon, Riena Diana tersipu malu apabila berkongsi mengenai hadiah telefon terkini yang diberikan oleh kekasih hatinya, aktor Keith Foo, baru-baru ini.
Ketika ditemui XTRA, Riena berkata dia tidak menjaga Keith akan menghadiahkan sebuah telefon Iphone 16 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada 9 September lalu.
“Saya tak jangka dia nak bagi telefon ini, masa tu masa tu saya tengah bekerja dan dia telefon ajak jumpa sekejap di set penggambaran, pergi makan tengah hari.
“Bila nak balik tu tiba-tiba dia bagi saya hadiah katanya untuk pencapaian saya. Dia selalu cakap dia sangat bangga dengan saya,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Riena yang meletakkan foto mereka berdua sebagai ‘wallpaper’ telefon tersebut meluahkan rasa terharu menceritakan Keith memberi hadiah tersebut atas pencapaiannya.
“Sebenarnya, saya tak nak buat teater (Andak Berandak), tapi dia yang memberi semangat, jadi saya buat. Seterusnya saya diberi peluang dan rezeki untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.
“Dia tahu macam mana saya takut, ada masalah keyakinan diri. Depan orang memang saya jenis ‘bubbly, tapi belakang orang saya pernah menangis, takut dengan kecaman orang lagil-lagi untuk pentas ABPBH.
“Hadiah telefon ini sebagai pemangkin semangat saya,” katanya.
@rienadiana_ 😭😭 @Keith Foo Official
Sebelum ini, Riena dan Keith secara terbuka memaklumkan bahawa mereka sedang hangat berjalin cinta selepas sama-sama terbabit dalam drama Tonton Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland.
Selain pasangan kekasih ini, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Nabil Aqil, Kodi Rasheed dan Husna Mustaffa.
Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.
Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!
Artikel Berkaitan: Enggan Terburu-Buru Tamatkan Zaman Duda, Keith Foo Mahu Kenali Hati Riena Diana Lebih Mendalam Sebelum Berkahwin – “Kami Mahu Pengakhiran Yang Indah Untuk Selamanya”
Artikel Berkaitan: Sukar Menangis Bawa Watak Berat, Riena Diana Gementar Pertama Kali Berlakon Bersama Keith Foo Dalam Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland




