Angka kematian serangan udara Israel di utara Lubnan meningkat kepada 18

Angka kematian serangan udara Israel di utara Lubnan meningkat kepada 18
Angka kematian serangan udara Israel di utara Lubnan meningkat kepada 18

Seorang lelaki berjalan melepasi bangunan yang musnah semasa serangan udara Israel yang menyasarkan perkampungan Zeita di selatan Lubnan sehari sebelumnya, pada 14 Oktober 2024. Foto AFP

BEIRUT – Angka kematian akibat serangan tentera udara Israel ke atas sebuah rumah di penempatan Aitou di daerah Zgharta di utara Lubnan meningkat kepada 18 orang dan empat orang cedera, menurut Palang Merah Lubnan pada Isnin, lapor Sputnik.

Terdahulu, pusat situasi kecemasan di Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa pesawat tentera udara Israel buat pertama kalinya menyerang kawasan Zgharta di utara Lubnan, yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

“Lapan belas maut, empat cedera akibat serangan udara di Aitou,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top