Salah seorang anggota kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz iaitu Isman Nadim menafikan bahawa dirinya adalah individu yang dikaitkan bakal berkahwin dengan isteri kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim.
Katanya memetik laporan Harian Metro, dia tidakada kena mengenaa dengan gosip perkahwinan tersebut memandangkan dia sudah menganggap Ina seperti adiknya.
“Memanglah saya baik dengan Ina, tak dinafikan. Saya baik bukan saja dengan Ina seorang, tetapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya juga. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.
“Tapi baiknya saya dengan Ina, janganlah sampai nak kaitkan saya dengan perkahwinan bersamanya.
“Kalau kata kad kahwin sudah diedarkan, mestilah tahu juga nama bakal pengantin lelaki dan tarikh majlis berlangsung.
“Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena-mengena dengan saya (cerita perkahwinan). Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini yang tiba-tiba nama saya disebutkan,” katanya kepada pemberita.

Tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan gosip perkahwinan tersebut, Isman bagaimanapun menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas dan kurang manis.
Terdahulu, gosip liar ini mula bertebaran selepas Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 40, didakwa bakal berkahwin baharu dengan lelaki pilihan yang juga berstatus artis nasyid apabila kad jemputan sudah diedarkan di kampung wanita itu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Sekadar info, Ina dan Arwah Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007.
Namun, Suhaimi dilaporkan meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup, Ina dan arwah Suhaimi dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: Harian Metro




