Meskipun ramai yang memandang negatif tindakannya membuka aib suami usai perbicaraan kes cerai, pelakon jelita, Fazura kelihatan kekal tenang.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Fazura memuat naik foto miliknya dengan mengenakan baju blouse berwarna coklat dengan tudung berona jingga yang dipadankan dengan kaca mata hitam menyerlahkan lagi gaya eksklusifnya.
Namun, apa yang menarik perhatian, lagu latar yang digunakan berjudul ‘A New Day Has Come’ nyanyian Celine Dion itu seolah-olah mewakili perasaannya pada ketika ini.
“Embracing. #Alhamdulillah,” katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan doa buat Fazura dan Fatima.
Selain itu, mereka juga memuji aktres ini kerana tegas dengan keputusan yang diambilnya demi kebahagian diri sendiri.




Terdahulu, nama Fazura mula menjadi perhatian selepas dia mendedahkan punca perceraiannya bersama bekas suami, Fattah Amin kepada umum.
Sekadar info, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh kira-kira pukul 9.45 pagi 7 Oktober lalu.
Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Sri Petaling, Subang Bestari.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.




