Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman, meluahkan rasa rendah diri apabila dia berhasrat untuk menunaikan umrah pada Disember nanti.
Dalam temu bual bersama Gempak, Zoey berkongsi ketakutannya terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya.
Pemergian Kali Ke-10 ke Tanah Suci

Saya harap Tuhan terima amal ibadah saya. Banyak dosa dan maksiat telah saya lakukan.
Walaupun ini adalah kali ke-10 Zoey ke tanah suci, dia tidak mendabik dada. Sebaliknya, Zoey lebih merendah diri dan mengakui bahawa dia masih dibayangi dosa-dosa lama.
Banyak sangat dosa dan maksiat yang saya lakukan, jadi memang saya mengharapkan ibadah saya diterima di sana. Apa pun saya anggap ini semua rezeki saya untuk buat amal di rumah Allah.
Pelakon ini berharap Allah SWT dapat mendengar dan memakbulkan semua doa-doa yang dipanjatkan. Dia juga berharap netizen dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Rezeki Tak Disangka Dijemput Ke Tanah Suci
Saya tahu saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Seperti yang saya katakan, banyak dosa-dosa saya. Tetapi itulah dinamakan rezeki. Kalau kita tidak dijemput, belum tentu insan seperti saya dapat kembali sekali lagi ke tanah suci.
Zoey turut berkongsi bahawa dia tidak menyangka dijemput lagi ke Tanah Suci tahun ini. Dia sedar bahawa dirinya bukanlah insan yang sempurna, namun tetap bersyukur kerana diberikan peluang ini.





