Didakwa Sudah Bercerai, Kaka Azraff Mohon Beri Ruang… Mahu Beri Tumpuan Pada Anak-Anak

Didakwa Sudah Bercerai, Kaka Azraff Mohon Beri Ruang… Mahu Beri Tumpuan Pada Anak-Anak

Susulan dakwaan keretakan rumah tangga, penyanyi, Kaka Azraff berharap agar dia dan suami, Adam Azriff diberi ruang bagi memberi tumpuan kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kaka mengucapkan terima kasih atas perhatian orang ramai terhadap mereka sekeluarga.

Dalam muat naik sama, pelantun lagu Gila ini turut memohon maaf kerana tidak memberi sebarang respons berhubung dakwaan konflik rumah tangga mereka.

“Terima kasih atas keperihatinan semua atas keadaan Kaka, Adam dan keluarga. Kami mohon doa semua moga beroleh tenang atas apa yang telah dilalui.

“Kami mohon ruang untuk bersama tiga cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian.

“Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respon atas banyak pertanyaan anda,” katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Kaka dan Adam telah bercerai talak satu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada kedua-dua pihak.

Sekadar info, Kaka dan Adam difahamkan menjalin hubungan cinta selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.

Scroll to Top