JPJ Pahang keluar 126,912 notis saman sepanjang 10 bulan tahun ini

JPJ Pahang keluar 126,912 notis saman sepanjang 10 bulan tahun ini

am@hmetro.com.my

Kuantan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan 126,912 notis saman menerusi pelbagai operasi dijalankan sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

Ia membabitkan pemeriksaan terhadap 325,326 kenderaan perdagangan serta persendirian, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Razali Kassim.

“Sebanyak 23 peratus atau 74,699 kenderaan membabitkan 50,026 kenderaan persendirian dan 24,673 kenderaan perdagangan sudah diambil tindakan.

“Pada masa sama, 1,091 kenderaan disita dengan motosikal merekodkan jumlah tertinggi iaitu 760 unit,” katanya dihubungi.

Orang ramai boleh melaporkan terus kesalahan pemandu antaranya dengan emel ke aduantrafik@jpj.gov.my berserta butiran lengkap aduan kesalahan yang dilakukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top