Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai menyatakan berpendapat bahawa aktres dan selebriti jelita, Nur Fazura boleh menyanyi namun perlu menghadiri kelas vokal.
Memetik laporan Berita Harian, Ajai atau nama lengkapnya Mohd Faizal Maas, 50, berkata Fazura perlu mencari peluang untuk memperbaiki nyanyiannya.
“Sebenarnya, saya tak berminat nak komen bila tidak menghakimi seseorang dalam pertandingan. Saya dapat melihat nyanyian Fazura secara singkat di Instagram.
“Saya bukannya ‘kaki periksa’ kalau tiada kena mengena dengan saya. Bagi saya, penyanyi kena tahu mengenai bunyian. Dalam nyanyian ada penyanyi yang bagus menyanyi, tetapi tiada tarikan.
“Tapi, saya merasakan Fazura boleh menyanyi. Sebaga individu memiliki ramai peminat, Fazura sepatutnya ambil inisiatif untuk ‘upgrade’ vokal dan bunyian yang sedap.
“Setahu saya, Fazura bekerja dengan mereka yang profesional. Jadi, inilah peluang untuknya besarkan lagi bakat,” katanya.
Sementara itu, Ajai turut memberi pesanan kepada Fazura untuk mencari produser yang boleh meggilapkan lagi bakat nyanyiannya seiring dengan peredaran zaman teknologi masa kini.
“Dia perlukan produser yang tepat sebab nyanyian bukan soal ada vokal tinggi, akan jadi bagus. Kena ada bunyi sesuai dipanggil ‘easy listening’ yang tidak mencederakan vokal.
“Produser juga kena tahu kemampuan nyanyian seseorang penyanyi. Cuma kena ingat pendengar sudah pandai mendengar kerana ada pelbagai teknologi yang boleh dilakukan di rumah. Ilmu muzik juga kian meluas bukan hanya di studio rakaman boleh belajar di rumah juga,” katanya lagi.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Fazura pertama kali membuat kemunculan menyanyikan lagu Bertahan Demi Cinta secara langsung di sebuah program bual bicara di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
@xtra_my Tahniah Fazura❤️ Sedih betul lagu ni.. #fyp #xtra #fazura #nyanyi #live #bertahandemicinta #beritaditiktok #sembangentertainment
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Promosi Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Di Indonesia, Nur Fazura Kongsi Perasaan Selepas Bercerai – “Tiada Penyesalan”
Artikel Berkaitan: Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”
Artikel Berkaitan: Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura, Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”
Sumber: Berita Harian



