Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Pelakon jelita, Fazura menjelaskan dia bukanlah riak apabila memaklumkan kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia.

Kata Faz atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, dia tidak bermaksud riak menunjukkan kebahagiaan sebaliknya ia adalah luahan daripada hatinya.

“Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. Saya bersyukur kepada Allah, sejujurnya kehidupan saya tenang dan lebih bahagia,” katanya kepada pemberita.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Bertahan Demi Cinta ini juga mengaku, dia menolak segala kritikan yang diterima susulan pendedahannya ketika proses perceraian yang berlaku pada 7 oktober lalu.

“Terserahlah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya antara saya dengan Allah. Saya tenang sahaja, tak mengapa, ” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan karier seninya di Indonesia pula, aktres itu berkata, temu bual dijayakan di sana sudah lama dirancang sekaligus berharap agar kariernya berjalan dengan baik.

Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari pada 7 Oktober.

Pasangan itu berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan Nur Fatima Aisya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Do Not Settle For Less” – Fazura Kongsi Video Motivasi Buat Golongan Wanita 

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu

ARTIKEL BERKAITAN:Along Kamaludin Minta Rakan Artis Henti Kecam Fazura – “Yang Kutuk Tu Menyanyi Sampai Indonesia Tak?”

ARTIKEL BERKAITAN:Nyanyian Fazura Dikecam, Pengurus Kesal Nama Dipetik  – “Saya Memang Tak Ada Kena Mengena Dengan Projek Lagu Itu”

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Difitnah Individu Wanita, Fazura Buat laporan Polis

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top