“Pakai Singlet Tak Pakai Dalam” – Ibu Pakai Mencolok Mata Depan Menantu, Wanita Ini Serba Salah | Oh! Media

“Pakai Singlet Tak Pakai Dalam” – Ibu Pakai Mencolok Mata Depan Menantu, Wanita Ini Serba Salah | Oh! Media

Baru-baru ini, tular di media sosial X, kisah seorang wanita yang berasa segan dan buntu dengan tindakan ibunya.

Setelah berkahwin, dia dan suami tinggal di rumah ibunya sementara menunggu rumah yang dibeli mereka siap.

Ibu pakai mencolok mata depan menantu

Apa yang membuatkan dirinya tidak selesa adalah, ibunya sering berpakaian mencolok mata iaitu hanya mengenakan singlet tanpa pakaian dalam walaupun menantunya ada di rumah.

ibu

“Saya sebagai anak rasa malu Mein, malu dan risau husband saya nampak” luah wanita tersebut di aplikasi X.

Wanita ini tak tahu bagaimana cara untuk menegur kerana bimbang ibunya akan berkecil hati dan merajuk.

Kisah ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita ini patut mempertimbangkan untuk menyewa rumah lain buat sementara waktu.

Menurut mereka, itu akan lebih menghormati keselesaan ibu dan suaminya serta menjaga batasan dalam hubungan keluarga.

#OhmediaNasihat

Dalam hubungan kekeluargaan, terutama bila tinggal bersama ibu bapa selepas berkahwin, amat penting untuk menjaga sempadan. Keselesaan bersama bukan hanya soal tinggal serumah, tapi juga menghormati privasi dan batasan antara ahli keluarga.


Scroll to Top