28,350 terima manfaat kempen Ayam Brand

28,350  terima manfaat kempen Ayam Brand

Petaling Jaya: Lebih 28,350 individu daripada 635 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima manfaat daripada kempen Ayam Brand yang menyediakan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.

Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat dan Cergas, kempen ini bertujuan memupuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3 untuk memastikan kanak-kanak lebih sihat.

Ketua Pemasaran A Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Teoh Wei Ling berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengambilan asid lemak Omega-3 dalam kalangan rakyat di negara ini adalah rendah.

“Antara langkah yang disarankan adalah mengamalkan bijirin seperti kekacang, tauhu, dan ikan, serta menggunakan minyak yang mengandungi Omega-3 kerana ia penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata.

“Bagi tahun ini, Ayam Brand mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan supaya menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.

“Sehubungan itu, kami mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan,” katanya.

Menurutnya, di Lembah Klang sahaja kempen itu dijangka memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada enam NGO dengan menyediakan 76,500 hidangan berkhasiat yang enak.

“Pihak Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat untuk membimbing kanak-kanak berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) iaitu Pinggan Sihat Malaysia dan rutin senaman serta cabaran bagi menggalakkan mereka.

“Melalui program komuniti ini, kami berharap agar dapat memberi perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top