Hafiz Suip Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dirinya Menetap Di Kuching, Sarawak | Oh! Media

Hafiz Suip Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dirinya Menetap Di Kuching, Sarawak | Oh! Media

Penyanyi popular, Hafiz Suip akhirnya mendedahkan sebab sebenar dirinya kini menetap di Kuching, Sarawak. Kenapa tu?

Menurut laporan mStar, penyanyi itu mahu menjaga ibunya yang sedang mengalami masalah kesihatan serius. 

Kata Hafiz, ibunya iaitu Halizawati Salleh yang kini bersusia 60 tahun sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuching.

Saya kini sudah menetap di Kuching. Kenapa saya tinggal di sana adalah kerana untuk menjaga ibu bapa saya.

Hafiz menjelaskan bahawa ibunya kini berdepan masalah paru-paru berair yang memberi kesan pada jantungnya. Tiga daripada empat injap jantung ibunya dilaporkan sudah kurang berfungsi, dan turut menghidap kencing manis.

Hafiz Suip rasa berat untuk tinggalkan ibu

Hafiz Suip

Hafiz juga mengakui yang dia berat hati untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi menjayakan malam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39). Tapi, dorongan dari  ibu telah membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk tidak mengecewakan peminat.

Kalau diikutkan berat rasa nak terbang ke Kuala Lumpur tapi saya ingat lagi mak saya suruh lakukan juga persembahan pada malam ini untuk tidak kecewakan peminat.

Untuk info, Hafiz akan menyanyikan lagu Terus Bersinar ciptaan Mass Dewangga, Jova Devito, dan Datuk Arisz Ab Rahman pada SFMM39.

Hafiz mohon doakan kedua ibu bapa

Hafiz Suip

Bukan tu jer, penyanyi itu juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibu bapanya. Baginya, sokongan dan doa daripada semua amat berharga buat dirinya dan keluarganya.

Saya harapkan juga doa daripada kawan-kawan agar ibu bapa saya sihat insya-Allah.

#OhmediaNasihat

Pengorbanan seorang anak untuk ibu bapanya adalah sesuatu yang sangat mulia. Seperti Hafiz, marilah kita sama-sama menghargai dan menjaga ibu bapa selagi mereka ada bersama kita. 

Kesihatan dan kesejahteraan mereka adalah tanggungjawab kita sebagai anak, dan tidak salah untuk sentiasa memohon doa serta sokongan daripada mereka yang menyayangi kita.


Scroll to Top