Enggan ‘Personal Shopper’ Guna Foto Miliknya Untuk Jual Bag, Elfira Loy Titip Pesanan – “Nanti Orang Tertipu Dia Bukan Cari PS, Dia Cari Saya”

Enggan ‘Personal Shopper’ Guna Foto Miliknya Untuk Jual Bag, Elfira Loy Titip Pesanan – “Nanti Orang Tertipu Dia Bukan Cari PS, Dia Cari Saya”

Pelakon jelita, Elfira Loy menegaskan bahawa dia tidak mahu mana-mana pembeli peribadi atau ‘personal shopper’ menggunakan foto miliknya.

Kata Elfira, selain tidak mahu runsing memikirkan masalah yang akan timbul, dia juga tidak pernah membeli menggunakan ‘personal shopper’.

“Sorry ya, saya tak suka PS guna gambar saya untuk jual-jual bag.

“Sebab nanti, orang tertipu ke apa dia bukan cari PS yang tipu dia, dia akan cari saya sebab terpedaya dengan gambar saya.

“Walaupun bukan salah saya, tapi saya malas nak ada sakit kepala orang mengadu pada saya.

“Jadi, tolong jangan gunakan gambar saya okay. Saya tak beli dari mana-mana PS,” katanya.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Scroll to Top