Pemandu Lori Rempuh 11 Kereta, Tiga Mangsa Cedera | Oh! Media

Pemandu Lori Rempuh 11 Kereta, Tiga Mangsa Cedera | Oh! Media

Dilaporkan dua lelaki dan seorang wanita hampir menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori.

Lori tersebut dikatakan melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) petang tadi. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang.

Sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kesemua mangsa yang cedera telah diserahkan ke KKM

Lori

Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut.

Semoga kesemua mangsa selamat dan harap pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pemandu lori tersebut.


Scroll to Top