Harapan Diana Danielle Apabila Disoal Sewaktu Tiba Di Mahkamah Undang Perhatian | Oh! Media

Harapan Diana Danielle Apabila Disoal Sewaktu Tiba Di Mahkamah Undang Perhatian | Oh! Media

Pelakon terkenal, Diana Danielle mencuri perhatian ramai ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 8:17 pagi untuk prosiding pengesahan rujuk dan sebutan perceraian.

Menurut laporan Oh Bulan, Diana yang mengenakan jubah hitam tampil tenang dan bersahaja dan jawapannya ketika disoal mengenai harapannya pada hari itu mengundang perhatian.

Harapan? Saya mahu cari nasi lemak.

Peguam Diana tampil bersuara mengenai prosiding hari ini

diana danielle

Peguam Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan yang prosiding pada hari ini melibatkan dua permohonan.

Hari ini ada dua permohonan iaitu rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti dengan cerai. Kedua-dua belah pihak perlu hadir ke mahkamah pada hari ini (Rabu).

Farid Kamil berharap agar segalanya dipermudahkan

farid kamil

Farid Kamil pula tiba beberapa minit kemudian bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Farid juga dilihat tenang dan berharap segala urusan mahkamah mereka berjalan lancar.

Semoga yang baik-baik sahaja pada hari ini, agar segalanya dipermudahkan.

#OhmediaNasihat

Walaupun melalui situasi sukar, mereka kekal profesional. Semoga kita semua dapat menghadapi dugaan hidup dengan sabar dan matang, sambil menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.


Scroll to Top