Pelakon berkaliber, Nad Zainal mengakui dia pernah berasa ‘down’ gara-gara mempunyai ‘wisker dimples’ di antara bahagian tulang pipi.
Menerusi sebuah video di TikTok, isteri kepada pelakon Ungku Ismail ini memuat naik video memaparkan dirinya sedang tersenyum bagi menunjukkan whisker dimples itu.
Malah, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 34, berkata dia ingin membuang whiskers dimple itu sekiranya diberi peluang untuk membuat perubahan wajah.
“Kalau ditanya apa yang saya rasa nak ubah, saya tak suka whiskers dimple sebab dulu orang tanya ‘kenapa tu? Accident dapat lekuk tu ke?’ Down gila!,” tulisnya dalam video berkenaan.
“Pernahlah tanya doktor, dia kata macam selulit tapi di muka, pulak,” tulisnya.
@nad.zainal pernahla tanya doctor.. ni apa.. katanya macam selulit.. tapi di muka.. pulak 🤣🤣🤣🤣
Meninjau ke ruangan komen, ramai peminatnya menitipkan kata sokongan dengan memuji kecantikan ibu anak tiga ini.





