Penerbit dan komposer lagu Indonesia, Yuka Kharisma tampil meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang diberikan usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mengenai dirinya.
Kata Yuka, kenyataan yang dikeluarkan usahawan itu menerusi sesi live di platform TikTok miliknya baru-baru ini sebagai fitnah melampau dan wajar diambil tindakan keras.
“Dulu saya bagi peluang untuk tidak ambil tindakan. Sebab client jenis macam ni tak nak faham pasal hak cipta lagu yang sudah tertulis di dalam invoice.
“Tapi kali ini saya tak akan bagi muka dan saya akan ambil tindakan yang keras terhadap FITNAH melampau ini,” katanya.
Yuka berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

Sedar dengan respons yang diberikan Yuka, Madammu kembali memberikan kenyataan balas apabila memuat naik semula hantaran yang dibuat Yuka menerusi ruangan sama dengan menulis kapsyen ‘Waiting’.

Sebelum ini, Madammu tampil melondehkan sikap sebenar Yuka apabila meminta orang ramai yang berurusan dengannya supaya mengambil langkah berhati-hati.
Tambahnya, Yuka sebelum ini didakwa mengambil kesempatan terhadapnya ketika berkerjasama dalam penghasilan lagu tema bagi produk kosmetiknya berjudul Wanita Noir yang dinyanyikan oleh Dayang nurfaizah.
Terdahulu, Yuka juga terpalit dengan isu kontroversi membabitkan pelantun lagu Sutera apabila terpaksa membatalkan ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’ seminggu sebelum diadakan.
ARTIKEL BERKAITAN:“Makanya Jangan Delusional” – Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Yuka Kharisma Tegur Siapa?
ARTIKEL BERKAITAN:“Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain & Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno
ARTIKEL BERKAITAN:Terima Banyak DM Dari Peguam, Aisha Retno Bakal Bongkar Lebih Banyak Bukti




