Bella Astillah Bangga Ayden Dapat Markah Paling Tinggi Dalam Pendidikan Islam – “Semoga Jadi Lelaki Yang Baik Akhlaknya”

Bella Astillah Bangga Ayden Dapat Markah Paling Tinggi Dalam Pendidikan Islam – “Semoga Jadi Lelaki Yang Baik Akhlaknya”

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berkongsi berita gembira berhubung prestasi anak sulungnya, Ayden Adrean yang mendapat markah paling tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Bella memuat naik foto Ayden yang ceria menunjukkan markah mendapat 94% bagi subjek tersebut.

“Proud of my sayang, Ayden. The highest is Pendidikan Islam. Semoga terus belajar rajin2 dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya Insya-Allah,” katanya.

Insert ss

Oktober lalu, Bella mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia menjadi ibu tunggal kepada dua cahaya matanya.

Ketika ditemui XTRA, Bella mengakui tidak mengambil tahu sebarang perkembangan berkenaan bekas suaminya, Aliff Aziz, namun begitu tetap mendoakan yang terbaik untuk aktor berkenaan.

Terdahulu, Bella memaklumkan bekas suaminya sudah lama tidak menghubungi anak-anaknya, Ayden dan Ara semenjak berpisah.

Untuk rekod, Bella pernah berkahwin dengan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Namun, Bella sah bercerai dengan Aliff di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: “Kalau Kata Nak Berbaik Balik, Itu Takkan Terjadi”- Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Kisah, Lebih Baik Begini” – Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tak Ada Hubungi… Anak-Anak Pun Tidak Mencari

Artikel Berkaitan: Ibu Kesal Aliff Aziz Difitnah Bakal Rujuk Dengan Bella Astillah – “Dosa Yang Sangat Berat…”

Scroll to Top